NASI LEMAK PANDAN KELONGSONG AJAIB
Sebuah perkongsian menarik daripada pembaca SAHIH, Nor Zehan Mohd Zaidin@Mohd Saidin dari Kampung Seri Damai, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang.
Nasi lemak pandan kelongsong ajaib ini dimasukkan ke dalam periuk kera sebelum dikukus.
Nasi ini akan menjadi lemak dan berbau wangi.
Tipsnya, kelongsong periuk kera perlu dibasuhkan sehingga bersih.
Ia sesuai dimakan bersama sambal ikan bilis, telur goreng, timun dan juga dengan lauk lain seperti ketam dan udang.
Nor Zehan juga berkongsi resepi nasi lemak pandan kelongsong ajaib ini.
Gunakan beras biasa atau beras wangi..
Basuh dan toskan supaya air basuhan kering dan masukkan dalam periuk kera tersebut, masukkan separuh sahaja.
Kemudian kisarkan daun pandan dan ambil airnya.
Kisarkan pula bawang besar, halia, sedikit garam dan minyak masak.
Kesemua bahan kisar kemudian dicampurkan ke dalam santan dan masukkan pula ke dalam beras tadi.
Kemudian kukus selama 40 minit dan siap.