NAFAS atasi isu kenaikan harga
NAFAS atasi isu kenaikan harga
KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menyediakan dana sebanyak 200 juta ringgit sebagai pinjaman agromakanan pada kadar faedah sifar peratus di samping moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan di bawah tabung ekonomi kumpulan usahawan niaga (tekun) dan agrobank bagi manfaat pengusaha tanaman sayur-sayuran serta buah-buahan yang terkesan.
Perdana menteri , datuk seri ismail l sabri yaakob berkata, kerajaan juga akan menambah peruntukan tambahan sebanyak 62 juta ringgit melalui pertubuhan peladang nasional (nafas) bagi subsidi dan insentif padi di bawah bajet 2022 yang berjumlah keseluruhan 1.5 bilion. Ringgit
Katanya , beliau dalam masa yang sama mengarahkan kementerian pertanian dan industri makanan; kementerian kewangan serta kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (kpdnhep) untuk merangkap langkah-langkah mitigation untuk menangani isu kenaikan harga baja dan racing bagi tanaman sayur-sayuran, buah-buahan serta tanaman padi.
datuk seri ismail sabri yaakob / perdana menteri
Saya telah menghubungi menteri kewangan memaklumkan subsidi yang kita beri untuk harga baja dan racun masih tidak mencukupi kerana saya difahamkan nafas akan mengalami kerugian sebanyak rm200 juta.
Jadi saya telah maklumkan kepada tengku datuk seri zafrul bahawa kita perlu bantu nafas. Apabila kita bantu nafas, maka secara langsung kita membantu golongan peladang,
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis makan malam dan perasmian mesyuarat agung tahunan nafas ke-47 di ibu negara pada malam khams
Dalam pada itu , ismail sabri berkata , kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi dan insentif berasaskan ‘input ’ dan ‘output ’ di mana kontrak membekal dan menghantar input pertanian diberikan kepada nafas selaku badan induk pergerakan pertubuhan peladang yang dinaungi 920 ribu ahli di seluruh negara.-SAHIH