NADAL BERAKSI ‘DITEMANI’ JAM $1 JUTA
Pemain tenis terkenal, Rafael Nadal dilihat memakai jam tangan jenama Richard Mille berharga $1.05 juta (RM4.35 juta) ketika beraksi dalam aksi final Terbuka Perancis, Ahad lalu.
Kejohanan Roland Garros itu juga menyaksikan Nadal mencatat sejarah apabila memenanginya untuk kali ke-13, menewaskan musuh tradisinya, Novak Djokovic.
Model RM27-04 Tourbillion Rafael Nadal dilancarkan syarikat pembuat jam dari Switzerland itu bulan lalu dan hanya dihasilkan 50 unit untuk pasaran seluruh dunia.
Nadal pernah mengenakan jam tangan jenama Richard Mille berharga $750,000 (RM3.1 juta) ketika memenangi Terbuka Perancis tahun 2017.
Selain Nadal, Richard Mille turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa lagi selebriti sukan dunia seperti Bubba Watson (golf); Didier Drogba (bolasepak); Yohan Blake (pelari pecut), pelakon Margot Robbie dan John Malkovich dan artis rap terkenal, Pharrell Williams.
Sumber: Forbes Sportmoney