MYANMAR TERIMA KAPAL SELAM
Berita Global
MYANMAR TERIMA KAPAL SELAM DARI INDIA
NEW DELHI: India akan menghantar kapal selam terpakai kepada Tentera Laut Myanmar memandangkan kedua-dua negara sedang membina hubungan ketenteraan yang lebih kukuh.
Jurucakap Kementerian Luar India, Anurag Srivastava, berkata kerjasama bidang maritim adalah sebahagian aspek dalam hubungan dengan Myanmar.
“Dalam konteks ini, India akan menghantar kapal selam INS Sindhuvir dan kami difahamkan kapal itu akan menjadi kapal selam pertama tentera laut Myanmar,” katanya.
Awal bulan ini Ketua Angkatan Tentera India, Jeneral Manoj Mukund Naravane dan Setiausaha Luar Negeri, Harsh Vardhan Shringla melawat Myanmar dan mengadakan perbincangan dengan pegawai tertinggi tentera serta politik.
Perbincangan itu antara lain menyentuh mengenai memperluaskan pertukaran pertahanan dua hala.
Sumber: BERNAMA