Murid, guru sekolah diserang Covid-19
Murid, guru sekolah diserang Covid-19
TEMERLOH- Setelah pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Cyberjaya diserang pendemik Covid-19, kini seramai enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah (SAS) Kuala Kangsar disahkan positif Covid-19 melibatkan pelajar tingkatan lima.
Kesemua mereka merupakan jangkitan daripada Kluster Jalan Kuala Kangsar Gerik dilaporkan pada 29 November lalu.
Ketika ini langkah kawalan dan tindakan selanjutnya telah dilakukan oleh petugas Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar. Sehingga semalam, tiada kes baharu dilaporkan daripada Kluster Jalan Kuala Kangsar Gerik ini.
Media melaporkan, enam pelajar tingkatan 5 MRSM SAS Kuala Kangsar dilaporkan positif Covid-19 dan disahkan pengetuanya dalam satu kenyataan.
Kuala Pilah, 32 pelajar, pensyarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), Kuala Pilah turut positif Covid-19
Sementara itu, seramai 523 orang pelajar dan pensyarah telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak 18 November lalu sehingga kelmarin.
Seramai 105 orang yang merupakan kontrak rapat sedang dikuarantin di kolej tersebut sehingga mendapat keputusan ujian saringan Covid-19 dan dipercayai berpunca Kluster Intan Delima 2.0.
Di Mentakab, turut terlibat, 6 guru positif, di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Hwa Lian Mentakab ditutup selama seminggu susulan penularan wabak berkenaan.
Setakat semalam tiada lagi pelajar yang direkodkan positif Covid-19 dan individu yang bergejala agar melakukan ujian Covid-19 dengan segera.
SMJKC Hwa Lian yang terletak di Mentakab di sini mempunya lebih 800 orang pelajar yang telah lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin.
Di Alor Setar, 3 guru Makteb Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang positif COVID-19 dan diarah menjalani perintah pengawasan di rumah (HSO).
MRSM berkenaan juga dinasihatkan ditutup sementara selama tiga hari bermula esok bagi membolehkan proses sanitasi selain untuk tujuan siasatan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan agar gelombang baharu menjadi parah.-SAHIH