Murad mahu perubahan progresif dengan aspirasi yang baharu dalam Umno Jerantut
Murad mahu perubahan progresif dengan aspirasi yang baharu dalam Umno Jerantut
Jerantut – Penyandang ketua Umno bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah tidak mempertahankan jawatan membuka peluang kepada 4 calon untuk bersaing untuk jawatan tersebut pada 18 Mac ini.
Empat orang calon bakal berebut jawatan itu, seorang peguam, Haris Salleh Hamzah yang juga penyandang bendahari Umno Bahagian sebelum, Datuk Mohd Taufek Tan Sri Abd Razak yang juga seorang peguam serta menyandang jawatan kuasa bahagian.
Selain itu, bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, Adzlan Zakaria dan Ahmad Murad Mat Hashim@Idris turut bertanding jawatan tersebut.
Salah seorang yang menawarkan diri untuk jawatan tersebut, Ahmad Murad Mat Hashim@Idris berusia 51 tahun, anak jati Pulau Mansok, dekat sini, sebelum ini tidak pernah menawarkan diri untuk sebarang jawatan, tetapi memenangi 3 kali perwakilan G7 dan pernah menang dengan undian terbanyak.
Beliau berkelulusan Diploma Elektronik dari Universiti Teknologi Mara (UITM) dan memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan menjawat jawatan Ketua Projek Infrastruktur 5G Kawasan Timur.
“Saya teruja untuk menawar diri dalam pemilihan kali ini kerana terkesan dengan keadaan rakyat Jerantut menolak Umno/BN berdasarkan kekalahan 4-0 baru-baru ini dan mahu perubahan progresif dengan aspirasi yang baharu.
“Selain itu, mahu menabur bakti untuk menarik kembali sokongan ahli Umno dan penduduk Jerantut kembali menguatkan semula parti ini,” katanya ketika ditemui.
Murad turut mahu memaksimakan semula kerja parti dengan meningkatkan roh orang umno terhadap parti.
“Biar tidak ramai ahli, tetapi walaupun sedikit tetapi berkualiti dan cuba menolak budaya ahli yang cuba merosakkan parti seperti cantas-mencantas.
“Pemutihan ahli parti pun turut akan dilakukan demi masa depan parti yanglebih berwibawa seperti sebelum tsunami yang keruntuhan Umno semasa PRU-15 yang hanya dimenangai 26 kerusi di peringkat persekutuan,” katanya.
Katanya, beliau akan cuba cakna dan faham apa yang ahli mahu serta mahu mendekati semua golongan khususnya golongan muda yang bakal menjadi pengundi yang ramai menjelang PRU ke-16 nanti.
“Sampailah masa untuk membetulkan keadaan Umno Jerantut dan menghormati semua calon lain dan menghargai pandangan ahli senior.
“Selepas bersaing untuk perebutan jawatan ini, kawan tetap kawan dan bersama membantu antara satu sama lain dalam mengukuhkan parti,” katanya. – SAHIH.