MUHYIDDIN MENGHADAP AGONG
KUANTAN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana AbdulAziz, di sini, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Muhyiddin yang sebelum ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya tiba jam 4.40 petang.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang antara yang turut kelihatan memasuki istana.
Wakil media sudah berkumpul di pintu masuk utama istana sejak jam 3 petang selepas timbul spekulasi Muhyiddin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di sini.
Spekulasi mengenai Perdana Menteri akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan Darurat Politik kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang bertiup kencang selepas berakhirnya mesyuarat khas Kabinet.
Namun sehingga kini beberapa menteri yang dihubungi enggan membuka mulut mengenai perkara itu.
Sumber: NST Online