MUHYIDDIN LAKUKAN LAWATAN KERJA SEHARI KE PERLIS
MUHYIDDIN LAKUKAN LAWATAN KERJA SEHARI KE PERLIS
KANGAR: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis hari ini, bagi meninjau pembangunan negeri serta bertemu pimpinan Perikatan Nasional (PN) Perlis.
Beliau yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pagi ini, mengadakan pertemuan tertutup bersama Menteri Besar, Azlan Man di Pejabat Menteri Besar, bagi mendengar taklimat pembangunan negeri, lapor BH Online.
Muhyiddin kemudian menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Istana Arau.
Selesai majlis itu, Perdana Menteri bersama Azlan akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Arau sebelum menghadiri Majlis Perjumpaan Perikatan Nasional (PN) Perlis di Hotel Putra Regency.
Mengakhiri lawatan, Muhyiddin dijangka melawat Pusat Vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Kampung Gial sebelum berlepas pulang ke ibu negara dengan menaiki pesawat khas.