Mudir Yayasan Al Huffaz lulus Viva PhD Tafsir
Mudir Yayasan Al Huffaz lulus Viva PhD Tafsir
BALING: Mudir Yayasan Al Huffaz, Sheikh Dr Muhammad bin Musa Al Hafiz, berjaya lulus Viva Voce Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Tafsir di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil.
Kejayaan itu sekali gus melengkapkan pengajian pascasiswazah beliau dalam bidang Usuluddin, selain mengukuhkan peranannya sebagai tokoh ilmuwan dan pendidik dalam bidang keagamaan.

Menurut kenyataan Yayasan Al Huffaz, seluruh warga yayasan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah serta penghargaan atas pencapaian berkenaan yang disifatkan sebagai inspirasi dan contoh teladan dalam dunia keilmuan.
“Kejayaan ini menjadi pencetus semangat kepada warga yayasan, pelajar serta masyarakat untuk terus menuntut ilmu hingga ke peringkat tertinggi,” menurut kenyataan itu.
Yayasan berkenaan turut mendoakan agar ilmu yang diperoleh beliau terus memberi manfaat kepada ummah serta diberkati Allah SWT.-SAHIH
