MU, LIVERPOOL TEWAS ‘BERGAYA’
Dua pasukan disegani dalam saingan English Premier League (EPL) tewas bergaya dalam perlawanan awal pagi tadi.
Manchester United diaibkan Tottenham Hotspurs 1-6, manakala juara EPL musim lalu, Liverpool pula tewas 2-7 di tangan Aston Villa.
Manchester United beraksi dengan 10 pemain selepas Anthony Martial dilayangkan kad merah pada minit ke-30 akibat mengasari Eric Lamela.
Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah menjaringkan dua gol, namun masih gagal membantu pasukannya bangkit mengekang amukan Aston Villa.
Berdasarkan rekod, ini adalah kali pertama kedua-dua pasukan tewas dengan jaringan lebih 5 gol pada hari perlawanan yang sama.