MP TEMERLOH TUTUP SEMUA PASAR BERGERAK
MP TEMERLOH TUTUP SEMUA PASAR BERGERAK
TEMERLOH: Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) menutup dan melarang berniaga bagi semua aktiviti perniagaan di pasar malam, pekan sehari, pasar tani, pasar karat dan car boot sale di bawah majlis itu mulai 19 Januari sehingga 24 Januari 2021.
Manakala masa operasi untuk pasar awam hanya sehingga 12.00 tengah hari sahaja, penutupan itu untuk mengekang status terkini penularan wabak Covid-19 yang sangat membimbangkan di daerah itu.
Notis telah dikeluarkan oleh pejabat Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Temerloh. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Bahagian Pelesenan : 09-2901540 / 1551 / 1552.