Modul keusahawanan KEMAS bantu tingkat pendapatan
Modul keusahawanan KEMAS bantu tingkat pendapatan
KUANTAN – Pelbagai modul latihan disediakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka laluan kepada bakal usahawan menjana pendapatan mereka.
Antara modul yang menjadi pilihan adalah Modul Usahawan Kopi Barista , Modul Usahawan Jahitan , Modul Usahawan Retort , Modul Usahawan Barber dan Modul Usahawan Ballon.
Semua ini dikendalikan dengan cemerlang oleh KEMAS Pahang yang dipantau oleh Pengarah KEMAS negeri, Zulkefli Ahmad Nazri.
Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam sempat hadir ke majlis penutupan kursus kemahiran KEMAS Pahang di Balok, semalam.
Katanya, kursus itu sangat memberi manfaat kepada usahawan sedia ada dan bakal usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan.
“Sepatutnya saya ke Sekolah Menengah FELDA Chemomoi, Bentong selepas mesyuarat exco (semalam), namun disebabkan keterbatasan waktu, saya mengambil ruang untuk hadir ke majlis anjuran KEMAS di Balok.
“Besarlah harapan saya dan kerajaan Pahang agar semua kursus disediakan KEMAS ini memberi manfaat dan menjadikan mereka usahawan mahir, memiliki kepakaran serta berketerampilan,” katanya.
Amizar turut merakamkan penghargaan kepada semua tenaga pengajar dan Penolong Pengarah Komuniti dan Kemahiran KEMAS Pahang, Liyana Jamaludin atas usaha mengendalikan kursus berkenaan. – SAHIH