Meta nama baru korporat Facebook
Meta nama baru korporat Facebook
CALIFORNIA: Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan telah menukar nama korporat Facebook kepada Meta sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula dibuat syarikat tersebut.
AP melaporkan, tindakan itu dilakukan selepas Facebook berdepan pelbagai cabaran termasuk kes mahkamah dan isu perlanggaran privasi.
Menurut Zuckerberg, Meta juga hadir dengan logo baharu, menggantikan logo ‘Like’ ibu jarinya.
Jelasnya, Meta yang dipanggilnya ‘metaverse’ akan mencapai satu bilion orang dalam dekad akan datang dan menjadi tempat untuk semua berinteraksi, bekerja dan mencipta kandungan.