Mesyuarat MEXCOE Bincang Isu Alam Sekitar
Mesyuarat MEXCOE Bincang Isu Alam Sekitar
KUANTAN – Mesyuarat Menteri Alam Sekitar dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Alam Sekitar (Mesyuarat MEXCOE) diadakan Isnin lalu di Cyberjaya, Selangor.
Pahang diwakili Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Johari Harun.
Johari berkata, mesyuarat kali pertama itu adalah bagi membincangkan isu alam sekitar dan kerjasama menyelesaikan masalah di peringkat negeri selain daripada bertukar pandangan mengenai pengurusan alam sekitar.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Semoga usaha ini menjadi titik tolak dalam membantu mewujudkan kerjasama yang utuh antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam mencari pendekatan terbaik memperkasa kelestarian alam sekitar di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.
Hadir bersama dalam mesyuarat itu adalah menteri dan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang memegang portfolio berkaitan alam sekitar.
Turut serta pegawai Kementerian, wakil jabatan dan agensi yang mempunyai hubungkait dengan pengurusan alam sekitar di peringkat Persekutuan dan negeri.
tamat-SAHIH