MESYUARAT ESOK DIBATALKAN
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan semua menteri besar dan ketua menteri yang dijadualkan berlangsung esok dibatalkan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menurut Pejabat Menteri Besar Selangor, mesyuarat yang dijadualkan di Putrajaya itu dibatalkan oleh pihak penganjur.
“Mesyuarat yang dijadualkan akan dihadiri Menteri Besar pada pagi esok di Putrajaya telah dibatalkan oleh pihak penganjur. Terima kasih,” katanya ringkas dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, media melaporkan, Muhyiddin akan mengadakan pertemuan dengan semua menteri besar dan ketua menteri di Putrajaya, esok.
Bagaimanapun, tidak diketahui objektif mesyuarat yang diadakan itu.
Sumber: Malaysiapost