MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! KE-65
MERDEKA! MERDEKA ! MERDEKA ! KE-65
Foto atas : Rumah Mohamad Hashim Sahidan yang telah dipasang dan dihiasi bendera untuk menyemarakkan sambutan hari kebangsaan
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama menaikkan semangat cintai negara tercinta.
Sebuah rumah di Taman Inderapura, Jerantut memasang dan menghiasi bendera sejak dua minggu lalu.
Tuan rumah rumah tersebut, Mohamad Hashim Sahidan memaklumkan beliau melakukan memasang bendera secara berperingkat dengan menggunakan bendera menegak sebanyak 20 set, banting sebanyak 50 set, bendera bersaiz 2 kaki 4 kaki (6 helai) dan saiz 4 kaki x 6 kaki sehelai.
Selain itu, terdapat taman mini di halaman rumahnya dengan poster Keluarga Malaysia, Teguh bersama.
Sementara itu, peneroka Felda Jengka 24 turut bergotong royong menghiasi dan memasang bendera di sekitar Felda tersebut.
Ketua Peneroka tersebut, Razak Daud berkata, penduduk telah dibahagikan mengikut Kawasan rumah kediaman masing-masing untuk measang di tepi jalan.
Katanya, sambutan hari kemerdekaan sebagai menaikkan semangat mengenang pahlawan, pemimpin dan individu yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan.
“Generasi muda sewajarnya menghayati perjuangan orang terdahulu yang dinikmati oleh generasi masa ini,” katanya.
Sambutan hari kebangsaan turut disambut di Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura (SMKI) dengan mengadakan pelbagai aktiviti, hari ini.
Pengetua SMKI, Romely Omar berkata, sambutan kemerdekaan wajar diperkasakan demi mengingati pejuang bangsa terdahulu, khusus kepada generasi muda.
“Mereka (murid sekolah) perlu dipupuk dengan cintai negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diterapkan dalam sistem pendidikan negara,” katanya.-SAHIH.