MENTERI INDIA MENINGGAL DUNIA
Berita Global
MENTERI INDIA MENINGGAL DUNIA
NEW DELHI: Menteri Hal Ehwal Pengguna, Makanan dan Pengedaran Awam India, Ram Vilas Paswan, dilaporkan meninggal dunia pada usia 74 tahun.
Beliau adalah ahli politik terkemuka dalam barisan Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.
Berita kematian beliau dikongsi dalam media sosial oleh anak lelakinya Chirag Paswan, semalam.
Beberapa hari lalu, Paswan yang sudah terbabit dalam arena politik selama lebih lima dekad, menjalani pembedahan jantung di sebuah hospital di New Delhi.
“Beliau ialah antara Ahli Parlimen paling aktif dan lama berkhidmat. Beliau sering memperjuangkan nasib mereka yang ditindas serta terpinggir,” kata Presiden India, Ram Nath Kovind.
Sumber: BERNAMA