MDJ KUATKUASA BAYARAN LETAK KERETA MULAI 1 JANUARI 2022
MDJ KUATKUASA BAYARAN LETAK KERETA MULAI 1 JANUARI 2022
JERANTUT: Penduduk di daerah ini akan dikenakan bayaran meletak kereta di petak letak kereta di bandar Jerantut mulai 1 Januari 2022.
Majlis Daerah Jerantut (MDJ) akan menguatkuasakan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) Majlis Daerah Jerantut 2020.
MDJ akan mengenakan bayaran sebanyak 40 sen sejam atau RM 3.60 sehari yang menggunakan kupon gores mengikut jam atau harian.
Manakala, bayaran bulanan boleh didapati sebanyak RM50 menggunakan pelekat atau sticker serta petak khas sebanyak RM80.00 sebulan.
Kadar bayaran dikenakan bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum.-SAHIH.