Mayat warga emas ditemukan terapung di kolam ikan
Mayat warga emas ditemukan terapung di kolam ikan
JELEBU – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan terapung di sebuah kolam ikan di Kampung Sungai Buloh dekat sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Simpang Pertang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Khairul Izzuan Othman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.55 malam tadi dan tiba dilokasi kejadian lapan minit kemudian, lapor kosmo online
“Kami mendapat panggilan daripada pihak polis untuk mengangkat mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 71 tahun telah meninggal dunia di dalam kolam ikan berkenaan.
“Mayat Muhamad Asul Ahmad, 71, dari Kampung Sungai Buloh, Durian Tipus, Jelebu itu ditemukan dalam keadaan terapung di tebing kolam berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, anggota bomba yang lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) telah mengangkat mayat mangsa yang kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.