MAYAT TANPA PAKAIAN DITEMUI DEKAT KOLEJ KOMUNITI JERANTUT
MAYAT TANPA PAKAIAN DITEMUI DEKAT KOLEJ KOMUNITI JERANTUT
JERANTUT : Mayat seorang lelaki Melayu tanpa pakaian berusia 50 tahun ditemui berdekatan Kolej Komuniti Jerantut di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Jerantut, Deputi Suprintendan Azman Mat Kamis berkata, mayat Muhammad Zawawi Mohamad, ditemui oleh orang awam kira-kira pada jam 8 pagi hari ini lalu menghubungi pihak polis.
“Maklumat yang diperoleh lelaki ini berasal dari Kampung Doja, Jerantut yang masih bujang dan merupakan seorang penganggur.
“Dia mengalami sakit mental sejak 10 tahun lalu akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya dan pernah mendapat rawatan di Hospital Besar Johor Bharu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Azman, mayat telah dibawa ke Hospital Jerantut untuk dibedah siasat, bagaimanapun polis difahamkan oleh pihak hospital memerlukan tempoh masa untuk menjalankan ujian PCR bagi tujuan penilaian Covid-19.
Katanya, pihak polis masih menjalankan siasatan ke atas penemuan mayat itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut menerusi talian 09 2662222.-SAHIH
Gambar: Media sosial