MAYAT KEEMPAT KEJADIAN KEPALA AIR DITEMUI PETANG INI
MAYAT KEEMPAT KEJADIAN KEPALA AIR DITEMUI PETANG INI
YAN – Seorang mangsa yang dilaporkan hilang akibat dihanyutkan kepala air akibat limpahan air dari Gunung Jerai dalam kejadian semalam ditemui pada petang ini.
Mayat mangsa, Mohamad Faizal Zohir, 28, ditemui di kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Sungai Udang kira-kira pukul 3.10 petang.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, penemuan mayat itu menjadikan keseluruhan mangsa maut setakat ini seramai empat orang, lapor KOSMO online
“Usaha mengesan dua lagi mangsa yang dilaporkan hilang iaitu Ridwan Poniman dan Ku Shuib Ku Abdullah masih diteruskan,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di kawasan peranginan Air Terjun Titi Hayun di sini hari ini.