MAUT LORI TANKER TERBALIK, TERBAKAR
Berita Kemalangan
MAUT LORI TANKER TERBALIK, TERBAKAR
Gambar ihsan BOMBA
BENTONG: Pemandu lori tanker, R Vikram, 24, yang membawa muatan bahan kimia jenis 31 peratus Hydrochloric Acid (HCL) maut setelah lori dipandunya terbalik sebelum terbakar akibat terlanggar pembahagi jalan.
Kejadian itu berlaku di lorong laluan laju Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur di Kilometer 43.2, dekat Bukit Tinggi, kira kira 8.30 malam tadi.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Norhisham Che Mohd Nor berkata, akibat kejadian itu, berlaku tumpahan bahan kimia di lokasi kejadian sehingga jalan itu terpaksa ditutup kepada semua kenderaan.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan pada jam 8.42 malam tadi dan mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Bentong dengan kekuatan 35 orang anggota.
“Dua jentera FRT dan dua jentera Hazmat serta sebuah jentera EMRS ke tempat kejadian. Selain itu dua pasukan ERT dari Syarikat Malay Sino Chemical Industries Sdn Bhd turut serta ke lokasi kejadian,” katanya.
Beliau berkata, pasukan bomba terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan jentera Wheel Loader untuk mengangkat kepala lori tanker.
Katanya, pemandu lori tanker disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Hazmat telah menjalankan kerja-kerja neutralization dan seterusnya memantau proses pemindahan bahan kimia yang dijalankan bagi memastikan tiada lagi unsur-unsur bahaya di lokasi kejadian.
Sementara itu, ANIH Berhad dalam satu kenyataan malam tadi berkata, lorong laju laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ke arah Timur di Kilometer 43.2 berdekatan Bukit Tinggi telah dibuka sementara, sekitar jam 6.4
Sumber: BH Online