MAUT JATUH TINGKAT 15 PANGSAPURI
MAUT JATUH TINGKAT 15 PANGSAPURI
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Jalan Dato Abdullah Tahir, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.30 malam.
Katanya, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah yang berada di lokasi mendapati seorang lelaki berusia 29 tahun terbaring di koridor tingkat lapan bangunan tersebut.
“Lelaki itu dipercayai telah jatuh dari tingkat 15 bangunan terbabit. Pengesahan kematian telah dibuat oleh Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, lapor KOSMO online
“Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mendapatkan maklumat punca kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, mayat lelaki itu dibawa ke HSA untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
“Setakat ini tiada apa-apa unsur jenayah dikesan, kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya. -K! ONLINE