MAUT BERTEMBUNG LORI BALAK
MAUT BERTEMBUNG LORI BALAK
BENTONG: Pemandu lori 3 tan tanpa muatan maut di tempat kejadian dalam satu kemalangan jalan raya setelah bertembung dengan lori dengan muatan balak di Kilometer 158, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, pada jam 7.00 pagi tadi.
Pemandu maut itu, Sanussi Noor berusia 41 tahun dari Merchang, Marang, Terengganu yang memandu lori 3 tan itu dikatakan telah masuk ke laluan bertentangan menuju ke arah lori balak yang datang dari arah Raub ke Mentakab.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu lori balak dipercayai telah membunyikan honnya berkali-kali bagi memberi amaran untuk lori tersebut masuk semula ke laluannya.
“Pemandu lori balak cuba menggelak ke kiri jalannya sehingga masuk ke bahu jalan, namun lori itu melanggar ekor treler dan terbabas ke kaki bukit.
“Pelanggaran itu menyebabkan tayar belakang lori balak pecah dan lori 3 tan itu remuk di bahagian hadapan lori dan pecah kayu penghadang ekor lori, “ katanya hari ini.
Katanya, pemandu lori maut di tempat kejadian dan kelindannya cedera di kaki dan dibawa ke Klinik Lanchang untuk diberi rawatan.
“Mayat pemandu lori akan dibedah siasat dan siasatan lanjut akan diteruskan di bawah Sek. 41(1) APJ 1987,” katanya.