Mat Sabu minta maaf kepada veteran ATM
Mat Sabu minta maaf kepada veteran ATM
TEMERLOH – “Saya minta maaf kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana dalam tempoh menjadi Menteri Pertahanan semasa kerajaan PH memerintah dahulu cuma dapat memberikan bantuan RM500 dan Pingat Jasa Malaysia (PJM) antara sumbangan awal kepada mereka.
Permohonan maaf itu diluahkan oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu semasa ceramah umum Pakatan Harapan di Mentakab, malam tadi.
Katanya, beliau bersimpati dengan nasib serta kebajikan veteran ATM kerana masih terabai oleh kerajaan sehingga ini.
“Semasa saya memegang jawatan itu, banyak perancangan untuk pembangunan ATM termasuk pembelaan nasib bekas tentera telah dibuat, tetapi kerana dikhianati oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan diambilalih semula oleh kerajaan ini.
“Kementerian Pertahanan telah melakukan banyak pembaharuan dan perubahan drastik dalam tempoh PH mengemudi kerajaan terutamanya aspek kebajikan veteran ATM terus diutamakan,” katanya.-SAHIH.