MASJID FELDA WILAYAH JENGKA 24 PERLU DANA
MASJID FELDA WILAYAH JENGKA 24 PERLU DANA
JERANTUT: Pihak pengurusan Masjid FELDA Wilayah Jengka 24 memohon sumbangan ehsan orang ramai bagi menukar permaidani masjid itu yang sudah berusia lebih 30 tahun.
Ketua Peneroka Jengka 24 merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Gabungan Masjid Wilayah Jengka., Razak Daud berkata, selain merancang untuk menukar permaidani baharu, pihaknya juga bercadang membina kemudahan bilik air yang lebih lengkap dan pemasangan penghawa dingin di ruang solat masjid berkenaan.
Pengerusi Jawatan Kuasa Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud
“Semua proses naik taraf ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan kami juga sudah melancarkan tabung di peringkat kariah masjid dan penduduk setempat bagi tujuan ini.
“Kami berharap ada pihak korporat, badan bukan kerajaan dan individu yang boleh turut serta menghulurkan sumbangan kepada badan pengurusan Masjid FELDA Wilayah Jengka 24 untuk mempercepatkan lagi kerja naik taraf yang kita rancang.
“Kalau ikut jadual dan perancangan asal, kita ingin mulakan kerja naik taraf sebelum kedatangan Ramadan, namun bergantung juga kepada jumlah sumbangan atau dana yang berjaya kami kumpul,” katanya ketika dihubungi di sini.
Razak berkata, kali terakhir permaidani masjid itu diganti ialah pada tahun 1990 dan keadaan permaidani masjid berkenaan sudah agak uzur dan ada antara bahagian tertentu yang rosak.
Katanya, jumlah peruntukan bagu kerja naik taraf itu dianggarkan kira-kira RM200,000 dan berharap lebih ramai pihak dapat tampil membantu menghulurkan sumbangan kepada badan pengurusan masjid berkenaan.
orang ramai yg ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan memindahkan wang ke atas NAMA : BADAN MASJID ASSOBIRIN JENGKA 24
BANK ISLAM
06037020237711
-SAHIH