MAPA Ke-39 Platform Perkasa Gerakan Koperasi Negara — Abdul Fattah
MAPA Ke-39 Platform Perkasa Gerakan Koperasi Negara — Abdul Fattah
KUALA LUMPUR, – Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah menyeru semua koperasi di seluruh negara agar segera mendaftar dan menghantar pencalonan bagi menyertai Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa (MAPA) ke-39 yang bakal berlangsung pada 5 Julai 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Menurut beliau, penyertaan koperasi sebagai perwakilan adalah penting bagi memastikan suara dan kepentingan gerakan koperasi terus diberi perhatian dalam menentukan hala tuju ekonomi koperasi negara.
“Penyertaan Tuan-Tuan dan Puan-Puan amatlah penting dalam menyumbang kepada kelestarian Angkasa sebagai badan efek gerakan koperasi bagi memajukan pertumbuhan koperasi yang berdaya saing serta memberi impak signifikan kepada kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Fattah turut memaklumkan bahawa tarikh akhir penyerahan Borang Penamaan Perwakilan Koperasi dan Pencalonan MAPA telah dilanjutkan sehingga Ahad, 25 Mei 2025 sebelum jam 5.00 petang.
Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari laman web rasmi di www.mesyuaratagung.angkasa.coop dan diserahkan semula secara dalam talian atau fizikal di Pejabat Angkasa negeri masing-masing.
Untuk sebarang pertanyaan, pihak koperasi boleh menghubungi Pejabat Angkasa negeri atau Ibu Pejabat menerusi pegawai bertugas iaitu En. Mohd. Hishamizan Yahya (03-7454 8255) dan En. Azman Ahamad (03-7884 6453), atau melalui emel di mesyuaratagung.angkasa@gmail.com.
“Saya yakin dengan penglibatan aktif semua koperasi, MAPA kali ini akan menjadi platform yang kukuh untuk memperkasa gerakan koperasi negara,” tambah beliau.-SAHIH