MANIZHA TALASH PENARI BREAKDANCE PERTAMA AFGHANISTAN
MANIZHA TALASH PENARI BREAKDANCE PERTAMA AFGHANISTAN
MEMBERANIKAN DIRI BERAKSI DI SEBUAH NEGARA ISLAM YANG BARU BEBAS DARI CENGKAMAN TALIBAN
KABUL: Dia satu-satunya perempuan yang menyertai komuniti kecil tarian breakdance di Afghanistan, Manizha Talash memasang harapan untuk mewakili negaranya di Olimpik.
Berpakaian hitam dan berseluar panjang ketika latihan, Manizha, 18, memberanikan diri beraksi di Afghanistan, sebuah negara Islam yang baru bebas cari cengkaman Taliban.
GAMBAR IHSAN REUTERS
“Breakdance menjadi antara sukan terbaru yang akan dipertandingkan dalam kejohanan itu.
“Saya mahu menjadi contoh, seorang individu yang berjaya mencapai impiannya,” katanya lagi.
Diasaskan setahun lalu di Kabul, kelab dianggotai Manizha sekarang sudah mempunyai lebih 30 ahli yang enam daripada mereka adalah perempuan, lapor REUTERS.
GAMBAR IHSAN REUTERS
Mereka biasanya membuat latihan tiga kali seminggu dengan mempraktikkan langkah akrobatik termasuk headspins (bawah).
Sementara itu, pelatih breakdance Sajad Temurian berkata, adalah sesuatu yang baik sekiranya wanita dapat menyertai aktiviti sukan itu.
“Kami mempunyai empat tahun untuk melatih lebih ramai perempuan di Afghanistan dan memperkenalkan mereka sebagai atlet breakdance kepada komuniti antarabangsa (di Olimpik),” katanya.
Breakdances dilahirkan di jalan-jalan di bandar New York pada tahun 1970-an.
Breakdances antara empat sukan selain papan selaju, luncur air dan mendaki yang diluluskan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk dimasukkan dalam Paris Games 2024 – satu usaha untuk menarik generasi muda.
GAMBAR IHSAN REUTERS
Tambahnya, sukan tersebut sangat sukar dan memerlukan pesertanya mempunyai fizikal kuat untuk belajar.
“Ia tidak mudah, tetapi tidak ada perkara yang mudah, anda boleh belajar dan mencapai impian anda,” kata Talash, sambil menambah beberapa pergerakan memerlukan seorang atlet untuk mengangkat seluruh berat badan mereka dengan satu lengan.