MANGSA RIBUT TERIMA BANTUAN
MANGSA RIBUT TERIMA BANTUAN
JERANTUT: Sebanyak 16 buah keluarga mangsa ribut yang melanda Kampung Simpang Tebing Tinggi dan Kampung Bukit Genting, minggu lalu menerima bantuan wang tunai sempena program ziarah Pejabat Perkhidmatan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Damak (DUN) dan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) di kampung tersebut, semalam.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Damak, Zuridan Mohd. Daud dan Pengurus MUIP Jerantut, Nik Ahmad Tarmizi Nik Lam semasa berziarah setiap buah rumah keluarga tersebut.
Zuridan Mohd Daun berkata, mangsa dalam kejadian ribut pada 1 Oktober lalu terdiri daripada 11 buah keluarga di Kampung Simpang Tebing Tinggi dan lima keluarga di Kampung Bukit Genting yang kebanyakannya mengalami kerosakan bahagian bumbung dan atap kediaman masing-masing.

“Kita terpanggil untuk membantu keluarga mangsa berkenaan sekurang-kurangnya meringankan beban perbelanjaan membaik pulih kediaman yang rosak dan barang keperluan dapur dalam tempoh pemulihan selepas kejadian ini.
“Program ziarah serta bantuan ini juga berasaskan semangat Keluarga Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membantu penduduk atau mereka yang memerlukan khususnya ketika ditimpa bencana seperti ribut dan sebagainya,” katanya di Kampung Simpang Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang semalam.-SAHIH.