MANGSA BANJIR DI SABAH MENINGKAT
MANGSA BANJIR DI SABAH MENINGKAT
BEAUFORT: Jumlah mangsa banjir Sabah meningkat kepada 5,037 orang membabitkan 1,256 keluarga setakat jam 4 petang tadi.
Mereka kini ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) bagi daerah Tenom dan Beaufort.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, angka itu melonjak berbanding 4,832 orang mangsa daripada 1,326 ketua isi rumah (KIR) setakat jam 8 pagi tadi.
“Tenom terus menjadi daerah paling ramai mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS ketika ini, lapor BH ONLINE.
“Seramai 4,427 mangsa daripada 1,256 keluarga masih ditempatkan di 36 PPS seluruh daerah.
“Beaufort mencatatkan 610 orang penduduk dipindahkan ke empat PPS dengan 156 KIR,” katanya.