MALAYSIA NEGARA PERTAMA TERIMA VAKSIN COVID-19 CHINA
Berita Nasional
MALAYSIA NEGARA PERTAMA TERIMA VAKSIN COVID-19 CHINA
PUTRAJAYA: Malaysia diberi keutamaan oleh China bagi menyalurkan vaksin COVID-19 apabila ia dijangka siap hujung tahun ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihak negara itu juga berjanji menjadikan Malaysia sebagai negara pertama diberikan vaksin pandemik itu.
“Ada berita baik, tadi saya video conferencing dengan Menteri Luar China (Wang Yi).
“Antaranya mengenai bantuan China ke Malaysia dari segi bekalan vaksin. China antara yang ke depan dalam penemuan vaksin.
“Sebelum akhir tahun ni mungkin dapat digunakan. Menteri Luar China setuju… nak bagi Malaysia prioriti.
“First country China akan bantu nanti is Malaysia,” katanya dalam sidang media secara maya di sini hari ini.
Dalam masa yang sama, kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga akan menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 Global (COVAX) oleh Pakatan Vaksin Global.
Malah beliau sudah membuat keputusan supaya Malaysia menyertai COVAX dan bersedia membayar kira-kira RM42 juta buat peringkat permulaan.
Walaupun ia hanya membekalkan vaksin kepada tiga juta rakyat negara ini namun ia jauh lebih baik daripada terlambat menyertai COVAX demi keselamatan rakyat.
Sumber: MalaysiaGazette