MALAYSIA DI GELOMBANG KETIGA COVID-19
Berita Nasional
MALAYSIA DI GELOMBANG KETIGA COVID-19
PUTRAJAYA: Malaysia kini berada di permulaan gelombang ketiga COVID-19, susulan peningkatan mendadak kes jangkitan virus itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun keadaan itu bukan hanya dihadapi Malaysia tetapi juga banyak negara lain di seluruh dunia.
“Apa yang kita perlu lakukan ialah membendungnya. Prosedur operasi standard (SOP) sudah ada dalam semua sektor. Kita berharap rakyat mematuhi SOP,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Sumber – Berita Harian