MAKAN RASUAH RM345,000
Berita Jenayah
MAKAN RASUAH RM345,000
PUTRAJAYA: Seorang Timbalan Pendakwa Raya ditahan reman enam hari bermula hari ini kerana didakwa menerima suapan berjumlah RM345,000 ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.
Majistret Shah Wira Abd Halim keluarkan perintah reman itu hingga 15 Oktober ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Sumber berkata, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan ketika hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pagi tadi ketika memberikan keterangan.
“Suspek disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2019. Suspek yang kini bertugas di Selangor, menjalankan kegiatan berkenaan pada tahun 2016 ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara,” katanya.
Difahamkan, suspek terbabit melakukan kegiatan itu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes berkaitan penipuan urusan jual beli tanah.