MAJLIS DAERAH JERANTUT DAFTAR VAKSINASI DARI RUMAH KE RUMAH
MAJLIS DAERAH JERANTUT DAFTAR VAKSINASI DARI RUMAH KE RUMAH
JERANTUT: Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dengan kerjasama jabatan kerajaan di Jerantut mengadakan kempen pendaftaran vaksinasi dari rumah ke rumah bagi membantu orang ramai di daerah ini mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.
Yang Dipertua Majlis Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris, berkata bermula hari ini sehingga esok, wakil-wakil daripada jabatan kerajaan akan mengedarkan borang pendaftaran vaksinasi secara terus ke peti surat setiap rumah di taman perumahan yang terlibat.
“Bagi taman yang tidak tersenarai dalam kempen ini, pelaksanaan program pendaftaran imunisasi dilakukan melalui Kelab Rukun Tetangga (KRT) taman masing masing di bawah seliaan pejabat Perpaduan Daerah Jerantut.
” Penduduk berusia 18 tahun ke atas adalah layak untuk mendaftar vaksinasi Covid-19 dengan mengisi borang yang diedarkan.
” Orang ramai diminta untuk memberikan kerjasama dengan mengisi borang yang diedarkan dan kemudian menempatkan semula borang yang telah diisi ke dalam peti surat rumah masing-masing bagi memudahkan pungutan semula borang dilakukan dengan kontak yang minima.
“Wakil-wakil jabatan kerajaan yang terlibat akan datang sekali lagi ke kawasan perumahan bagi memungut semula borang tersebut pada pada 10 Jun dan 11 Jun nanti.
Beliau berkata, penduduk taman perumahan terbabit boleh juga menghantar borang tersebut melalui talian whatsapp atau e-mel seperti yang tercatat di ruangan bawah borang pendaftaran tersebut. –SAHIH.