Majikan tanggung kos kemasukan pekerja asing
Majikan tanggung kos kemasukan pekerja asing
PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan semua kos bagi membawa masuk pekerja asing ke negara ini akan di tanggung sepenuhnya oleh pihak majikan.
Perkara itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa bersama antara menteri dalam negeri dan menteri sumber manusia mengenai pengurusan pekerja asing pada selasa.
Menteri dalam negeri, datuk seri hamzah zainuddin berkata , kos berkenaan termasuk lah kos kuarantin dan ujian saringan covid-19.
Ketibaan semua pekerja asing hanya melalui pintu masuk lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur (klia) dan klia2 manakala, bagi pintu masuk ke sabah dn sarawak akan diumumkan kemudian.
Tempoh kuarantin pula akan diselaraskan oleh kementerian kesihatan (kkm) dengan tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari di pusat kuarantin yang telah diperakui oleh kerajaan
Hamzah berkata sektor perladangan menjadi sektor pertama yang dibenarkan untuk menerima kemasukan pekerja asing baharu.
Sehingga kini seramai 147,705 orang pendatang tanpa izin (pati) telah berdaftar menerusi pelan rekalibrasi pati.
Menurutnya , daripada jumlah tersebut, seramai 124,423 orang pati telah pulang ke negara asal yang mana kerajaan telah menjana rm71.3 juta daripada pelaksanaan program rekalibrasi pulang ini melalui bayaran kompaun yang di kutip .
datuk seri hamzah zainudin / menteri dalam negeri
Kejayaan pelaksanaan program rekalibrasi pulang ini didorong oleh pembukaan kaunter khas untuk memudah cara kepulangan pati di beberapa pintu keluar negara seperti klia, klia2, stulang laut dan pasir gudang.
Dalam pada itu hamzah mengingatkan kesemua peserta yang gagal dalam proses regularisasi program rekalibrasi tenaga kerja akan secara automatic dihantar pulang melalui program rekalibrasi pulang .
Tegasnya kepada majikan yang masih menggajikan pati untuk tampil dan berdaftar dengan pelan rekalibrasi pati supaya semua individu yang berada di malaysia adalah berdokumen dan sah.-SAHIH