LUKIS MURAL MOH LAWO BANDOR KITA-MDM
PERTANDINGAN MELUKIS MURAL ANJURAN BERSAMA MAJLIS DAERAH MARAN DAN PELANCONGAN PAHANG.
MARAN : Majlis Daerah Maran (MDM) bersama Pelancongan Pahang menganjurkan pertandingan melukis mural “Moh Lawo Bando Kita” bermula 21 hingga 23 November ini di Bangunan Bazar Maran dan Taman Tasik Maran dengan hadiah lumayan menanti pemenang.
Setiausaha MDM , Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata tujuan utama pertandingan melukis mural itu mewujudkan satu aktiviti street art sebagai satu daya tarikan baharu penduduk setempat, pelancong tempatan dan luar.
“Selain itu memberi peluang kepada orang ramai, badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi berkaitan untuk berkarya, menunjukkan bakat dan secara tidak langsung turut memberi khidmat sosial melalui lukisan.
“Lukisan yang terpampang di dinding-dinding itu nanti bakal menyerikan lagi persekitaran bandar Maran dan menambah satu lagi produk daya tarikan pengunjung dan projek ini di bawah seliaan Majlis Daerah Maran (MDM),”ketika dihubungi SAHIH.
Katanya, pertandingan itu terbuka kepada penduduk di dalam negeri Pahang dan penyertaan secara individu atau berkumpulan dengan tidak melebih lima orang, penyertaan adalah percuma.
Katanya, lukisan bertemakan patriotik, pemandangan di Maran, permainan dan kegiatan tradisi serta produk makanan tempatan, ruang untuk melukis mural seluas 7 kaki x 10 kaki.
“Hadiah lumayan menanti pemenang, pertama RM1,200, tempat kedua (RM1000) ketiga (RM 700) dan saguhati sebanyak RM200 untuk 17 penyertaan. Cat disediakan, peralatan dan perkakasan lain dibawa sendiri oleh peserta,” katanya.
Peserta berminat boleh menghubungi it@mdmaran.gov.my atau whastsapp ke talian013-9374421 / 019-9951750. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pejabat MDM – 09-47771411.