LPT1 – KM 84.6 DAN KM113 DITUTUP UNTUK SEMUA KENDERAAN
LPT 1 DI KM 84.6 DAN KM113 KEDUA-DUA ARAH KERANA AIR MASIH MELIMPAH DI ATAS LALUAN
TEMERLOH: Pengendali ANIH Berhad mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penutupan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) yang ditutup kepada semua kenderaan di Kilometer (KM) 84.6 dan KM 113 kerana laluan tersebut masih dilimpahi air ekoran hujan lebat yang berterusan.
Laluan di lokasi berkenaan ditutup untuk kedua-dua arah barat dan timur , KM 84.6 dekat Lanchang ditutup mulai jam 11.30 malam, semalam, manakala KM113 turut ditutup kedua-dua arah mulai jam 9.00 malam ini.
Jurucakap ANIH berkata, pengguna dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan serta mematuhi arahan petugas di lokasi.
Selain itu, maklumat untuk laluan alternatif boleh dirujuk ke Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang di talian 09-5717157.
Pengguna juga melayari laman rasmi media sosial ANIH Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook@Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.
Foto : Ihsan ANIH Berhad