LPT 1 DIBUKA UNTUK SEMUA KENDERAAN
LPT 1 DIBUKA UNTUK SEMUA KENDERAAN
TEMERLOH: Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 ( LPT 1) boleh dilalui kepada kedua-dua hala untuk semua jenis kenderaan dan dibuka kepada pengguna pada jam 4.00 petang tadi.
Kenyataan rasmi media Lembaga Lebuhraya Malaysia dan pelaksana ANIH Berhad menyatakan Lorong Laju di Kilometer (KM) 126.3 , antara Persimpangan Chenor ke Persimpangan Temerloh dibuka dan boleh digunakan oleh semua kenderaan untuk kedua-dua hala.
Sementara itu, laluan ke Plaza Tol Karak dan seterusnya ke Bentong dan Kuala Lumpur turut boleh digunakan.
Ini bermakna semua laluan LPT 1 ke Kuantan atau ke Kuala Lumpur dapat digunakan, walau begitu, pengguna dinasihati untuk mematuhi papan tanda di lokasi dan berhati-hati ketika memandu
Pengguna boleh mendapat maklumat lanjut dengan mengikuti laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia (LPM) dan ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik.
Selain itu boleh melayari Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.