LPP dan PPK tingkatkan pengeluaran dan pemasaran hasil ladang untuk kawal harga
LPP dan PPK tingkatkan pengeluaran dan pemasaran hasil ladang untuk kawal harga
Foto atas: Azulita (kanan sekali) melawat peserta pertandingan memasak yang diadakan di Dewan Majlis dewan Daerah Jerantut, kelmarin
JERANTUT – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sudah melaksnakan pengeluaran makanan daripada ladang kalangan usahawan yang bernaung di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negara.
Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Azulita Salim menjelaskan pihaknya sentiasa maklum dengan situasi kenaikan harga sayur dan ternakan dalam tempoh pemulihan pandemik Covid-19 dan sudahpun melaksanakan pelbagai usaha meningkatkan pengeluaran dan pemasaran.
“Kenaikan harga sayur, ayam dan bahan mentah makanan lain berpunca daripada peningkatan harga baja dan racun, bagaimanapun, program tanaman ladang termasuk ternakan di bawah LPP tetap diteruskan seperti sebelum ini di bawah pengusaha PPK tempat masing-masing.
“Usahawan LPP dan PPK diarahkan meningkatkan pengeluaran hasil ladang untuk pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan pengguna di samping penambahan stok hasil berkenaan mampu mengurangkan tekanan kenaikan harga tersebut dan belanja pengguna,” katanya di Jerantut hari ini.
Azulita berkata demikian selepas merasmikan Program Khas Dapur Peladangnita ‘Moh Masak Weh’ anjuran LPP dan PPK Pahang yang membabitkan pertandingan masakan tempatan disertai sebanyak 18 buah kumpulan terdiri daripada 36 orang ahli Peladangnita Pahang, kelmarin.
Yang hadir sama, iaitu Pengarah LPP Pahang, Dzulfadli Johan dan Pengerusi Peladangnita Pahang, Datuk Nazilah Abd. Latif.
Azulita menambah, LPP terus menyokong aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh Lembaga Pemasaran Hasil Pertanian Persekutuan (FAMA) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pelengkap yang membantu pengusaha PPK di semua tempat.
Selain FAMA katanya, pengusaha ladang LPP/PPK juga memasarkan hasil melalui Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Pusat Pengedaran Peladang, Freshmart Peladang, Pusat Pengumpulan Hasil Peladang, pasar borong dan Pasar Tani semua tempat.
“Strategi pasaran ini untuk meningkatkan pendapatan peladang dengan menyediakan saluran pemasaran yang yang terus kepada outlet FAMA dan PPK dengan lebih berkesan bagi menghindarkan kartel atau orang tengah yang mengaut keuntungan antara asbab kenaikan harga hasil pertanian.
“Kita juga menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah membuat penjenamaan semula Peladang Outlet membantu merancakkan lagi aktiviti pemasaran produk LPP/PPK berasaskan kepesatan teknologi,” katanya.-SAHIH.