LORI BERTEMBUNG DENGAN AMBULANS
LORI BERTEMBUNG DENGAN AMBULANS
Alor Setar: Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan dengan ambulans di Kilometer 52.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata, ambulans itu dinaiki empat kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membawa pesakit wanita berusia 60-an dari Bukit Selambau ke Hospital Lama Alor Setar.
Beliau berkata, kejadian dimaklumkan kepada pihaknya jam 4.29 petang tadi.
“Siasatan awal mendapati, ambulans itu dipercayai membawa pesakit Covid itu terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori menyebabkan kedua-dua kenderaan itu melanggar guard rail (rel adang) dan masuk ke laluan tertentangan.
“Pihak KKM kemudian bertindak menguruskan pesakit Covid19 dan staf KKM yang terbabit dalam kemalangan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Difahamkan, ini adalah kemalangan kedua membabitkan ambulans yang membawa pesakit Covid di daerah ini dalam tempoh seminggu, lapor HM online
Dalam kejadian 9 April lalu, sebuah lagi ambulans membawa pesakit Covid-19 iaitu wanita berusia 70-an terbabit dalam kemalangan dengan kereta di persimpangan lampu isyarat Plaza Tol Jalan Langgar.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki dan wanita dalam kereta itu cedera.
Video / gambar Media sosial