5 KLUSTER BAHARU DIKESAN
4 KLUSTER BAHARU DI LEMBAH KLANG DAN SATU DI JOHOR
PUTRAJAYA: Lima lagi kluster COVID-19 dikesan masing-masing empat di Lembah Klang dan satu di Johor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster pertama dikenali sebagai Kluster Desa Pinang yang dikesan di Kepong, Lembah Pantai, Titiwangsa, Cheras dan Gombak yang sehingga kini menjangkiti 25 individu.
Katanya, kluster kedua di Lembah Klang di di Gombak yang dikenali sebagai Kluster Impian dan sehingga kini menjangkiti sembilan individu.
“Bagi kluster ketiga, ia dikesan di daerah Johor Bahru dan Pontian yang dinamakan sebagai Kluster Baloi. Sehingga kini kluster berkenaan menjangkiti 30 individu.
“Kluster seterusnya dikenali sebagai Kluster Jernai yang dikesan di Titiwangsa yang sehingga kini menjangkiti 13 individu,” katanya pada sidang media COVID-19,seperti yang dilaporkan BH Online hari ini.
Kluster kelima, kata Dr Noor Hisham dikesan di Titiwangsa dan dikenali sebagai Kluster Seri Wangsa dan menjangkiti lapan individu.