LETAKLAH JAWATAN MUHYIDDIN
LETAKLAH JAWATAN MUHYIDDIN
PUTRAJAYA: Melihat kerapuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletak jawatan.
Bercakap kepada media hari ini, Dr Mahathir menegaskan, Muhyiddin perlu mengambil tindakan sedemikian jika berasakan kepimpinannya tidak kukuh dari segi sokongan, lapor ASTRO AWANI.
“Dah nasihat banyak kali (beri nasihat kepada Muhyiddin) tapi yang susahnya kita nasihat, mereka tak mahu dengar. Itu yang jadi masalah.
“Nasihat terbaik, anda nampak tak begitu kukuh, letak jawatan lah,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini pada Khamis.
https://sahih.com.my/letaklah-jawatan-muhyiddin/