LELAKI NYARIS MATI JATUH JAMBATAN PULAU PINANG
LELAKI NYARIS MATI JATUH JAMBATAN PULAU PINANG
GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam laut oleh nelayan selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 5.4 hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.53 pagi selepas orang awam menemui motosikal dipercayai milik mangsa berusia 50-an itu di tepi jalan di atas jambatan.
“Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian, terima maklumat dari orang awam didapati mangsa lelaki dipercayai telah terjun dari jambatan, lapor KOSMO online
“Mangsa didapati terapung di atas permukaan laut dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke daratan oleh nelayan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya kepada pemberita hari ini.