Lelaki Miliki 12 Rekod Jenayah Ditahan, Positif Dadah
Lelaki Miliki 12 Rekod Jenayah Ditahan, Positif Dadah
TEMERLOH – Seorang lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau akhirnya berjaya diberkas dalam serbuan polis di sebuah rumah di Jalan Serindik, Temerloh, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan operasi dijalankan sekitar jam 3.35 petang. Suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun dan curi kenderaan sebelum ini.
Dalam serbuan tersebut, pihak polis turut merampas beberapa barangan samun serta sebuah motosikal yang digunakan untuk kegiatan jenayahnya. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
Siasatan awal mendapati suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau yang melibatkan pelbagai kesalahan berat, antaranya, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (curi kenderaan) – SAHIH