LELAKI MAUT TERSEPIT LIF
LELAKI MAUT TERSEPIT LIF
KOTA SAMARAHAN: Seorang pekerja maut tersepit ketika menjalankan kerja penyelenggaraan lif di sebuah pangsapuri di bangunan pusat beli belah di Kota Samarahan maut akibat tersepit, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.56 pagi, lapor Sarawak Daily.
Menurutnya, mangsa dikatakan tersepit ketika melakukan kerja-kerja penyelengaraan lif tersebut.
GAMBAR IHSAN SARAWAK DAILY
“Bomba dibantu pihak pengurusan bangunan mengeluarkan mangsa.
“Mangsa disahkan meninggal dunia okeh pihak perubatan dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelasnya, mangsa dikenali sebagai Sukardi Kasim berusia 39 tahun.
Siasatan lanjut polis berhubung kejadian juga masih dijalankan.