Lelaki gantung diri akibat putus cinta
Lelaki gantung diri akibat putus cinta
JAWA TENGAH: Akibat terlau kecewa selepas putus cinta, seorang lelaki tidak berfikir panjang apabila nekad menggantung dirinya sampai mati di sebuah rumah sewa di Sukoharjo, Solo.
Lapor Tribunnews, Ketua Polis Sukoharjo, Marlin berkata, mangsa sempat bertemu kekasihnya sebelum membunuh dirinya sendiri.
Katanya, mangsa sendiri yang mahu memutuskan hubungan dengan kekasihnya selepas mengetahui wanita itu menipu di belakangnya.
Mangsa turut menyekat nombor telefon kekasihnya.
“Setiap kali berlaku masalah, mangsa sering mengugut kekasihnya akan bunuh diri kalau cinta mereka terputus,”katanya.
Pada hujung minggu, pemilik rumah sewa itu masih melihat mangsa membeli makanan secara dalam talian sebelum memasuki semula biliknya.
Selepas itu, kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan lagi.
Malah, rakan-rakan mangsa tidak dapat menghubunginya kerana telefon bimbitnya dimatikan.
Ketika kekasih mangsa berusaha mencarinya, dia tercium bau busuk dari pintu bilik yang terkunci dari dalam.
Wanita itu terus memberitahu perkara tersebut kepada pemilik rumah.
Ketika pintu bilik dibuka, mangsa didapati sudah meninggal dunia selepas menggantungkan dirinya