Lebuh raya Tanpa Tol Lipis- Gua Musang tetap disiapkan.
Foto atas : Datuk Seri Abdul Rahman (kiri sekali) melawat projek LTU
Lebuh raya Tanpa Tol Lipis- Gua Musang tetap disiapkan.
LIPIS – Projek Lebuh Raya Tanpa Tol Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU), Seksyen 3J, Kampung Seberang Jelai ke Relong, dekat sini tetap diteruskan pembinaannya oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).
Masalah dihadapi berkaitan tenaga buruh, pengambilan tanah, bahan pembinaan dan cuaca tidak dijadikan alasan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kerajaan menerusi KKM akan memastikan projek bernilai RM257 juta disiapkan menjelang tahun 2026.
“Projek LTU telah mencapai kemajuan 14 peratus melibatkan Seksyen 3J, pembinaan jalan baharu berkembar 4 lorong 2 hala sepanjang 6.95 kilometer dari Kampung Seberang Jelai ke Relong termasuk lima buah jambatan, dua buah Vehicular Box Culvert (VBC) dan pengambilan balik tanah.
“LTU merupakan salah satu dari projek besar di bawah KKR yang melibatkan enam pakej dari negeri Kelantan ke Pahang antara salah satu pakej yang terlibat, iaitu Pakej 3 dari Gua Musang, Kelantan ke Relong, Pahang ini melibatkan kos RM10 bilion sejauh 350 Kilometer,” katanya kepada media di tapak projek berdekatan Kampung Selindang, Padang Tengku di sini hari ini.
Katanya, LTU sebelum ini dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) mampu menyingkatkan masa perjalanan pengguna daripada Kuala Lumpur ke Gua Musang, Kelantan kepada tiga jam sahaja.
“Siapnya projek ini akan memberi kemudahan laluan kepada dua juta kenderaan ketika waktu puncak seperti musim perayaan dan cuma memakan masa selamat 30 minit dari Relong (Lipis) ke Gua Musang, Kelantan.
“Projek LTU juga dapat mengurangkan kesesakan pada waktu tertentu dan pada masa yang sama menurunkan kadar kemalangan jalan raya serta jaminan keselamatan orang ramai,” katanya.- SAHIH.