Lebih mudah bayar cukai tanah guna kiosk
Lebih mudah bayar cukai tanah guna kiosk
BENTONG – Bagi memastikan urusan pembayaran cukai tanah oleh penduduk setempat, satu kiosk disediakan di lobi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Bentong.
Kiosk dinamakan ‘Smart Kiosk Cukai Tanah’ itu dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam.
Amizar berkata, melalui pengenalan kiosk pintar itu, segala urusan dapat dilakukan dengan lebih cekap, cekap dan efisien.
“Ini adalah satu kemudahan yang lebih efisien dan produktif kepada warga Bentong.
“Sudah pasti keputusan untuk memperkenalkan dan menyediakan kiosk ini adalah hasil inisiatif yang sangat baik dan menyenangkan rakyat,” katanya.
Perasmian kiosk itu dilakukan Amizar yang juga ADUN Pelangai sebelum menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah Bentong di PDT Bentong.
Dia turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pegawai dan kakitangan PDT Bentong atas usaha itu. – SAHIH