Lebih 8 juta dadah dirampas
Lebih 8juta dadah dirampas
SELANGOR – Polis berjaya membongkarkan aktiviti pemprosesan dadah di sebuah rumah kedai yang dijadikan makmal mini di Puchong serta merampas dadah berjumlah RM 8.09 juta , 22 November lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata , makmal mini itu antara enam lokasi yang diserbu secara serentak termasuk di Gombak dalam operasi bersama pasukan JSJN Bukit Aman dan JSJN Selangor.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain
“Rampasan yang dibuat adalah dadah2 jenis MDMA berjumlah 110 kilogram manakala heroin yang telah diproses berjumlah 43.1 kilogram manakala heroin berjumlah 19.7 kilogram dan metepetamin 3.2 kilogram.
“Ini adalah satu kejayaan yang besar dapat menumpaskan satu sindiket yang mengubah mini-makmal memproses dadah dan juga heroin serta pil ectasy,” katanya dalam sidang media di Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor , pada Isnin.
Razarudin berkata, siasatan mendapati bekalan dadah terbabit dipercayai dibawa masuk melalui negara jiran.
Pihaknya turut mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya pelucutan harta 1988 dengan menyita pelbagai aset sindiket dianggarkan bernilai RM 2.039 juta.
Dalam serbuan itu , polis turut menyita aset kumpulan sindiket membabitkan 10 jenis pelbagai kenderaan dan barang kemas, termasuk tindakan membeku akaun serta merampas wang tunai berjumlah keseluruhan RM 10,129,237.55 juta.
“Kita mahu menyelamatkan anak-anak muda seramai 1.8 juta orang, saya tidak mau menyebut penagih maksudnya kalau diproses dadah ini akan menyelamatkan 1.8 juta anak bangsa kita daripada terjerumus dalam kancah penagihan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya dan suspek direman selama lima hingga 11 hari bermula 23 November lalu bagi membantu siasatan. – SAHIH