LATIF PERTAHAN EMAS LOMPAT JAUH PARALIMPIK
LATIF PERTAHAN EMAS LOMPAT JAUH PARALIMPIK
KUALA LUMPUR: Jaguh lompat jauh T20 paralimpik, Abdul Latif Romly mengekalkan emas yang dimenangi di Paralimpik Rio 2016 sekali gus menepati sasaran emas yang ditetapkan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.
Tampil sebagai juara bertahan, Latif yang berusia 24 tahun berjaya mengekalkan emas yang dimenanginya dengan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan kedua dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.
Pingat perak acara itu dimenangi atlet Greece, Athanasios Prodromou dengan catatan 7.17m manakala Nicholas Hum meraih gangsa dengan 7.12m.
Kontinjen Malaysia sebelum ini sudah meraih dua emas menerusi jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin dan pemain badminton para bagi kategori SU5, Cheah Liek Hou.-SAHIH.